new update from me.
POSTED ON Saturday, May 31, 2014 AT 12:49 AM \\
assalamualaikum and hi world.

Long time no see and yaaahh dah banyak perubahan dah berlaku okay. its 2014 and dah masuk bulan June dah pun. Tinggal 6 bulan je lagi untuk habiskan tahun ni. Tak rasa ke mcm masa berjalan sangat pantas ke? Rasa macam baru semalam je masuk sains banting.

Yaaa, from SMKBangsar to SMS Banting. i got SBP.

SBP?
Indah khabar dari rupa. gentle! haha. bila kau masuk sana kau akan tahu ygsebenarnya semua sekolah taraf dia sama je. dan terpulang pada kau untuk jadi rajin atau malas. for me, aku ambik title 'malas'. Dah memang perangai aku macam gitu, nak buat macam manakan.. but, for dis year jela, hehe, tahun depan aku nak malas malas memang kerja mcd jelah aku.

So, aku dah duduk sbp almost 2 or 3 months. Aku pun tak sure. But its so worst! aku tak pernah terpikir pun aku akan cakap mcm ni. But yaa, aku prefer sekolah harian dari asrama. i just.. cannot adapt with that situation. Bukan aku tak cuba. Tapi memang tak boleh. aku jadi kuat sebab ada kawan kat situ, tapi kalau kawan sendiri pun dah pindah. Aku nak hadap semua benda dgn siapa? Aku bukan jenis yg boleh hidup sorang sorang and buat hal sendiri. kawan mmg ramai, tapi kawan paling rapat/satu kepala/bodobodo/bangangabadimacamakusendiri tu ada satu dalam seribu kot!

bila dok pikiaq balik, aku masuk sana utk study. Kalau nak pikir kawan, sampai bila pun aku tak hidup. So, terpaksalah aku belajar utk "berdikari" utk tidak pikirkan sangat kepentingan adanya kawan. Suddenly i miss my BESTfriends dekat Bangsar. Aku rindu jahnnssl. No one can replace them. Serius.

Muhd Adamhilmi Hijazi bin Mohd Zulhilmie.
POSTED ON Monday, December 30, 2013 AT 1:12 AM \\
Assalamualaikum. and hi :)

Opppss, sorry, tetiba nak post pasal pakwe kita pulak. Jadi, pada yang dah pasang niat nak ngorat tu, sila batalkan ye. kahhhhkah.

Tettttt.

i love him so much! and I don't know why....... 


hahahaha actually he is my one and only one anak saudara. Comei dok? berat dia 2.5kg je, kecik dia jangan cakaplah, kecik sangat. sampai nak dukung pun takut takut. 

aku baru balik dari Kedah, read my last post. I told you guys kann..... hahaha wehhhh, excited jumpa anak sedara ni, bakpelah comei kecik sangat. Cam tak sabar nak ada anak sendiri. Bukan gatal ok.
Tapi biasalah, budak kecik, tidur je kerjanya. Malam baru dengar suara dia teriak sampai bergegar rumah.
So, tak dapatlah dia tengok makcik dia yg cute sorang ni. hmm rugi awak ijaz. 

Haaaaa, btw, lupa nak cerita. Tengok nama dia, panjangkan?
Baru aku sedo yang sebenarnya nama tu gabungan nama abg aku sendiri and nama kaklong.

Zulhilmie+Addamillah=Adamhilmi. 

And gua cam, "amboiiii, camne kalau anak kedua and seterusnya? zulmilah kah?"
tambah sikit hijazi kt belakang. and call him, "ijaz" Nama cam band nasyid gitu, mana tahu ijaz jadi penyanyi solo kumpulan nasyid ke kan.... hahaha. jadi cam cikca, cikca pun suara sedap tau. ceh. 

and alang alang kat kedah, kita hiruplah udara yang segar kat situ. Kedahkan terkenal dengan nama "Kedah jelapang padi". Tidur kat homestay, and depan homestay tu ada sawah padi. Cam cantik gila, angin pun sepoi sepoi je. Dan tak ramai yang lalu lalang situ, jadi tempat melepak best kot. 



So, ini gambar depan homestay. Kat belakang tu ada sawah padi. Tapi gambar cam hare sikit, jadi takmau tunjuk. kakaka.

oppss, terletak pulak. 

Lastly, sampai KL dlm pukul 9 lebih. dan terus menaip lepas layan Runningman. So habis je taip ni, kita layan runningman episode 176! 

Shhhh.. ijaz tengah lena tu.

selamat datang ke dunia yang indah baby!
POSTED ON Friday, December 27, 2013 AT 5:25 PM \\
Assalamualaikum dunia y
apa khabar belaka? Baik? Alhamdulillah.

Tengok title tu, kemain panjang kihkih. Im so excited right now, sebabbbbbb i got a nephew ;D 

Alhamdullilah, kaklong aku dah selamat melahirkan anak pertamanya. Baby boy. Alhamdulillah, aku yang excited lebih. hihi baru je lahir semalam. Tarikh 26.12.2013. Tapi, abang aku tak bagi lagilah nama anak dia apa, so tak boleh nak tulis namanya siapa. Katanya "sunnah bagi nama hari ke7"
Jadi kita tunggu jelah nama baby boy tu.... 

Esok kita akan ke kedah untuk melawat kaklong dan jugak my anak saudara! hiii mesti kecik comel je dia. Dapat anak saudara pun excited lebih, macam manalah kalau dapat anak sendiri akan datang. 
ehem.

gambar lepas baru dilahirkan.


nie ada pesanan untuk baby cikca nie, kahkahkah. i want him to call me cikca because of my name is natasha, tapi cam kakak aku kata
"cikca? seksa? siksa? name is going to reflect yours sooner or later. so pick the better name"
heeeeh macam peduli je, puih. walaupun cikca bunyi cam cicak hm

"okay, untuk my nephew, semoga awak membesar dengan sempurna, jadi anak yang baik dan soleh ye. dengar cakap mak dgn ayah awak. jangan jadi mcm ayah awk ok, makan byk. dah gemok pun dia. hahahahaha. lagi satu, nak bagi tahu, untung sangat kat awak sebab dapat mak saudara macam cikca. esok cikca datang lawat awak ye :* cikca sayang kamu! muah muah!"

after dimandikan. comei je dia tidur...



25.12.2013
POSTED ON Thursday, December 26, 2013 AT 1:47 AM \\
Assalamualaikum wbt.

Start menaip pada pukul 1.20am. Its just a random post. kehkeh. Dok stalk blog Maria Elena and tetiba rasa rindu nak menaip. Yelaaaaa, igt senang ke nak blogging. On9 pun pakai hp. Laptop dah rosak. Ini pun pakai laptop abg. Alang alang dia dah tidurkan hihi. and i just cant wait for ena dapat duit jpa. And she gonna buy us computer. yihieeeee. So, bila bila boleh blogging and tengok movie. happy meeee. 

Pagi tadi keluar dengan my besprenn. Athirah. and tetiba ilham pun nak ikut. so, bagi jelah dia ikut. Btw, dia kawan sekolah rendah. Bila jumpa ilham, i was like "waaahhhh am dah kurus!!" hahaha makin hensem ah. Jenjalan je kat mid, nak tgok wayang. and tengok queue, bapak panjang! 
Pastu pi kat boling, hehhh pun sama, full!! borak jela kejap dgn dorg kt dalam tu. Dorg boleh bantai cerita pasal member member dorg, aku mcm "haihhh pasai sapelah korg dok cerita ni"

Memandangkan takde benda nak buat, so kiteorg pi masuk jusco kot, heh entah, then pergi kat bebudak selalu main token tu. And kiteorg ambik gambor booth2 natang apa ntah. Tpi ambik dengan tyaa jelah, am malu. Katanyaaa. heh. Bila dah ambik gambar, kiteorg dahler 1st time guna photo booth benda jadah tu, hahaha check kat luar,
"wei lai, mana dohh gmbr tu??!"
"haah wehh, burn rm10 kitaaaa!!"
Pastu am panggil, "korg kene edit kt sinilah" HAHAHAHA time tu rasa cam bodoh je. Malu malu....
Then edit2, then ni diaaa gmbrnya.

comei kan? ihiks.

Next, pergi makan. alhamdulillah, air am belanja. kihkih thankss am!
Lepas je makan, jam dah menunjukkan pukul 1. Am kene balik, sbb dia kene balik asrama dia. So hantar dia kat bawah. bila am dah balik, masuk balik dlm mid pergi daiso and beli kotak. Hahaha then round satu mid tu, dah mcm runner kiteorg ni. Heh
kiteorg sampai je rumah dalam pukul 2.50pm. Tak pernah2 der keluar dengan kawan balik awal centu. Hahahaha mama pun pelik, "ehh awalnya balik" "nak tgok wayang, tpi panjang gila org beratur!"
Thanks jugak untuk bapak tyaa, sebab hantar kiteorg. hehe save bajet.

here our pictures!


Syukur.
POSTED ON Thursday, December 19, 2013 AT 7:02 PM \\
Assalamualaikum.
hiiiiii, lamo gilo den tak menaip dkt ini belog. so baru sekarang rasa nak menaip sebab mood dia meninggi. kahkah. so, rasa macam baru semalam je keluar dari bilik peperiksaan, rasa macam baru semalam je kami kengkawan semua dok teriak "merdeka!"
cuma nak cakap kat sini, yang aku tengah rindu zaman ambik PMR bulan 10 hari tu. hahaha ceh cakap macam dah berzaman je ambik pmr.

So, hari ni, 19.12.13 Laila Natasha Bt Mat Kana telah berjaya dengan cemerlangnya. haha. Alhamdulillah, dapat 8A. Sumpah macam tak percaya, aku tak expect pun dapat lurus A, confident dapat 4A je and target 6A keatas. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kat aku.

Skrg nie, aku nak cerita perjalanan aku ambik result pagi tadi. Cam biasa ah, bangun subuh dalam pukul 6.45. Habis je solat, dok scroll2 temlen kat Twitter. Berderet der dok bercakap pasal result. So perasaan kat hati tu memang tak boleh nak diungkaplahkan hahaha poyo gila. Habis je scroll2, tidor ah kejap, dalam pukul 8.58, kakak gua kejut dan berkata "weh aca, bangun! dah pukul 9.30!" aku terus bangun then cek jam, bongok punya kakak. disebabkan mimpi indah aku dikacau, aku tak boleh nak sambung tidur, apa lagi, scroll lagi temlen hahahaha cam takde life. So, lepak lepak dulu, makan makan, dlm pukul 10 baru mandi dan siap siap. lepas je siap, lepak dalam bilik kakak aku. suddenly dia menjerit, "ACAAAA!!! KAU DAPAT 8A!!" hahahaha dia sms result aku, ke tak gembiranya aku. Tapi mcm taknak percaya sangat ah sebab tak dapat slip lagi. So, dgn perasaan tak sabarnya, aku terus pakai kasut then pergi sekolah.

Sampai je sekolah, jumpa dengan memember semua, then terus ambik result kat dewan. Time dalam dewan, yang jaga kaunter kelas aku cikgu mizi & cikgu hawa. Cikgu tak habis habis dok cakap "lela! kenapa teruk sgt kh kamu ni?!" "haih lela, sains kamu teruklahhh" aku cuak gak ah time tu, takut takut betul.. lelagi cikgu hawa, haih, nyeram betul.. "teruklah lela, saya takut kamu kena panggil dgn pengetua.." tapi mmg debarlah time tu, sooo sampailah turn aku dgn nadhirah. cikgu bagi aku punya dulu... aku bukak je, alhamdulillah, deret A! Terus peluk and salam cikgu mizi dgn cikgu hawa. rasanya tulah minit yang mana aku rasa paling bahagia dlm hidup aku hahaha masih poyo. Nad pun dapat 8A! Menangis dia kat situ, then peluk dia pulak. haha aku tak nangis ah, cuma badan je menggeletar. hahaha. cikgu hawa tadi sweet, entah kenapa hahaha "meh sini lela, cikgu nak peluk awak" haha.

sampai situ jekot, yang lain tu malas nak cerita hehe. Tahniah jugak utk Shairah, Azrul and Darwisy dapat lurus A. Dan tak lupa jugak buat Shima Wanie Azian Jannah dan Cik! alhamdullilah result kita semua okay :D last but not least, terima kasih utk mama papa, cikgu cikgu, kengkawan dan classmate yg paling gua sygi. 3Murni. Hehe TAHNIAH SEMUAAAA!!



Resepi: Kek pelangi dan butter cream.
POSTED ON Sunday, January 6, 2013 AT 4:58 PM \\
Assalamualaikum ;)
Hari ni, saya, Laila Natasha nak ajar korang buat kek. Hihi. Sedap, jangan risau. Ini bukan tahyul. kahkah.

Okay, firstly, prepare bahan bahan ni:-

3 cawan tepung gandum*
4 sudu kecil baking powder*
secubit garam halus*
1 buku butter
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan susu segar
5 biji putih telur
2 sudu esen vanila
pewarna merah, biru, pink, ungu, kuning, oren. Atau warna yang ada. Sekurang kurangnya kena ada 5 atau 6 colour :)

Dan untuk topping, butter cream. Ini resepinya:-

1 buku creamcheese
1 cawan gula ising
1/2 cawan butter

Kalau korang tak guna gula icing, boleh guna gula biasa, then kisarkan. Pastikan kisar bagi dia hancur betul2. Kang tak jadi pulak butter cream korang tu. 

Dan ini cara nak masak:-

-Panaskan oven 15 minit dengan suhu 170c.
-Ayak bahan yang bertanda *
-Pukul gula dan butter sehingga kembang.
-Masukkan putih telur dan gaul. 
-Masukkan esen vanilla.
-Masukkan bahan yang telah di ayak tadi berselang seli dengan susu segar.
-Bahagikan adunan kepada 5 atau 6 bahagian (ikut kehendak masing2) masukkan warna dan kacau sebati.
-Masukkan adunan yang berwarna satu satu dan masak 15-20 minit. *jangan campur kesemua warna! Satu satu.

Habis je semua masak, lapiskan satu satu, setiap lapisan tu, sapukan whipped cream. Topping dia, baru letak buttercream ;D So, hiaslah kek korang dengan kreativiti masing masing.

Rainbow cake ;)

Aku suka buat kek, cita cita besar nanti pun, nak jadi business woman. Bukak bakery. InsyaAllah. Doakan tau :)


Selamat mencuba!

Happy 2013.
POSTED ON Friday, January 4, 2013 AT 11:54 PM \\
Assalamualaikum.

Haloooo peoplesss. So, HAPPY NEW YEAR! Hahaha, aku update blog pada tarikh 4.1.2013 -.- Maaf, sebabnya, sekarang tak online sangat. Memang takde masa. Balik sek dalam pukul 2, petang gua makan then ada masa, tidor petang jap. Hihi. Malam, buat homework, sampai pukul 10. Then, ngantok, tidor. Masa cuti aku tak pernah tidur seeeeawal ni. Paling lambat pun lepas Subuh.

Dah, habis cerita pasal kehidupan aku. Haha. Masuk je 2013, umur aku 15. Dan! Aku batch last PMR! BATCH LAST PMR! Aku takut. Cuma sekarang tak rasa sangat. hihi ;p Dan target aku, 6A ke atas. Kalau boleh, 8A. InsyaAllah :) kakak aku janji, kalau aku dapat 6A ke atas, she wants to give me an iPad. Tapi aku taknak, aku mintak hp. Aku pun guna Samsung Champ je, cikai punya hp. Kahkah, cikai pun aku sayang tau.

Dan, doakan aku dapat result yang bagus tau. Aku nak mak aku bangga dengan aku je. Aku tahu kadang kadang aku ni tak guna jugak kat umah ni. hahahaha. dah dah, shhh

So sekarang, belajar kat kelas. aku dok depan sekali, so far.... aku boleh focus ;D Mula mula sekolah ni, bolehlah focus, dah tengah tengah tu.... entah apa jadi kat aku. Hahaha. No no, kenal focus sampai PMR habis ><

Aku tak banyak sangat pun azam tahun ni. 3 4 je kot. Tak macam tahun lepas, berbelas belas, tapi berapa je yang tercapai. Cett. Takpelah, selagi hidup selagi berjuang. Eceh ayat guaa, copy buku Sejarah form2. Kihkih. Apa apa pun, korang yang ada azam tu, I wish you the best. Doa bebanyak dan jangan lupa usaha.

 Goodluck!

Happy