Berbuka dengan keluarga.
POSTED ON Monday, August 6, 2012 AT 1:56 PM \\
Assalamualaikum semua :)
Sihat dok? Masuk hari nie dah 18 kita berpuasakan? Heeeeee. Lagi 2 minggu je nak raya. Waaaaa xD Tak sabar nak makan kuih, tak sabar nak main mercun, tak sabar nak kuip duit, tak sabar nak reraya ramai ramai dengan budak kelas, tak sabarrrrrrrrr!
Haha, okay dah.

Semalam aku pergi jejalan rumah mak sedara aku. Tidor sana 2 hari. Kat sana pun biasa biasa je. Tapi, lepas balik tu, kitaorang keluar balik rumah unuk buka kat luar. Again, waaaaaa xD
Kitaorang pergi BTS. Pergi sana makan je wooo. Sampai sana kitaorang cari tempat makan dulu. Weh, satu TS kitaorang pusing nak cari tempat makanan. Tapi, semua kedai full. Baguslahkan. Datang lambat lagi.

Pergi kedai ni, full. Pergi kedai tu, full. Semuaaaaaa reserve!
Then, pikir pikir, abang aku pun bagi cadangan. Kita beli makanan sikit dulu. Then makan kat tingkat atas. Hahaha. Duduk bersila makan kat situ. Nasib takde orang, kalau ada? Tutup muka pakai tong sampahlah jawabnya.

So, ni lah yang kitaorang makan.

Nugget, popcorn, air milo, air coke, sosej. Nie kira alas perut je. Erk?
Then, ada satu masa tu. Popcorn jatuh, aku buat. Heh.
Kutiplah letak dalam plastik sampah tu. Patah balik, ada lagi 4 biji -.- Tapi, plastik tu jauh nun di sana. So, malas doh nak pergi balik. Konon konon je nak buang dekat bawah. Mak aku cakap ni, ''asha, mu ni tak sekolah ke?'' HUH? -.-

Then, habis makan ni, pergi surau. Tunaikan solat Maghrib. Bila semua dah siap, kitaorang gerak cari tempat makan balik. Kitaorang makan dekat sini...

AYAM PENYET!

So, I ate this!!!!

Boleh tahanlah sedap dia. Tapi, tak puas.. Kahkahkah.
Habis je makan, kitaorang pergi makan Tutti Frutti. Sedap!! Tapi, vanila habis. Shit.

Soo, dah! Habis pun entry kali ni. Eceh, bajet.
Berejam taip. Keypad gua yang huruf T ni pulak buat problem. Buat jadi bua, Tapi jadi api. Haih.

Assalamualaikum.