We are the BEST!
POSTED ON Thursday, September 27, 2012 AT 5:14 PM \\
Assalamualaikum.

Hari ini, 27 September 2012. Dan semalam 26 September 2012. SMK Bangsar telah mengadakan saringan kawad kaki bagi semua badan beruniform. Dan saya, ahli pasukan Pandu Puteri telah gagal melayakkan diri pada acara akhir kawad kaki Sabtu ini. Tettt! Cedih. Huaa, but, sokay. Tapi saya puas. Ada orang kata formasi kami lawa. Hukhuk.

26 September 2012.

Tepat pada pukul 2.00 petang, semua yang terlibat berkumpul di depan pejabat sekolah bersama semua ahli pasukan yang lain. Fuh fuh. Masa ni aku tak rasa berdebar lagi. Muka relax, cool lagi. Haha. Pasukan aku dapat nombor 6 dari 7. Sempatlah jugak nak berlatih sikit sikit sebelum turn kitaorang semua. First sekali, Puteri Islam, kedua tak tahu. Ketiga tak tahu. Keempat tak tahu. Kelima PBSM tak silap aku. Keenam, PANDU PUTERI! Yang terakhir sekali, Pengakap. Aku suka tengok Formasi scout. Lawaaaaa gila! Sewius. Jealous okay.

Lepas habis je PBSM. Pandu Puteri dah get ready, masa tulah aku rasa macam jantung aku nak tercabut. Rasa nak lari dari situ. Sumpah takut.
''Dari kiri, cepattttt jalan!'' Komander bagi koman. Aku dah macam... ''matilah aku, matilah aku.'' Masuk masuk je, aku terlanggar kon! KON JATUH! AKU MALUUUUUUUU! Aku dah mencarut carut dekat kon tu. Haha. Padahal aku yang terlanggar. Tapi, KENAPA KAU MENYOROK DARI AKU KONNNNNNNNNNNNN!!! Then aku tetap teruskan walaupun aku tengah marah, geram, malu. Dapat bayangkan tak korang macam aku? Hmm.

Habis je Kawad, semua macam, ''fuhhhh'' Cikgu cakap okaylah, tapi permulaan tu yang sedikit hancur. Salah konnn!
Lepas semua habis, cikgu Mimah umumkan 3 finalis. And this is the Finalisssss..

 Kadet Remaja Sekolah.

 Pengakap.

Kadet Bomba. *maaf gambar kurang jelas

Kami kalah. :( 
But sokay, I still enjoyed the ''kawad'' walaupun penat. Hihi.
Saya doakan pada tiga pasukan ni untuk buat yang terbaik! GOODLUCK YAA!
BTW, aku kawad tabik hormat tau. Eh? Tak pastilah nama kawad tu, but, dia ambil 2 orang bagi mewakili setiap badan beruniform. 

Haaaa, habis dooooo.
Bye bye.

''Kiri, kiri, kiri kanan kiri''
POSTED ON Saturday, September 22, 2012 AT 8:00 PM \\
Assalamualaikum.
Haii cemuaaa *dakfes

Last week, this week, and 3 days later saya busy dengan kawad. Wooo, rasa macam masuk Palapes pun hade. Aku dah berbelang balik macam dulu. Tapi takpe, apa guna pencerah kulit. Wkwkwkw.

*tweet tweet, Tweet tweet, SMS~* *baca mesej*

Haha, actually masa tulis benda ni, ada mesej. Saja tulis. Comel tau bunyi nie, aku bluetooth dari Nad. Muahaha. Ehh, dah lari topik ni.

Aku Pandu Puteri, ehem. So, kawad aku kadang kadang pukul 2.30, 3, dan balik selalunya balik pukul 5. Tapi takpe, aku suka. Walaupun selalu mengantok, kena marah. Haha. Kak Syikin selalu attack aku. Hari tu 15 kali kena ketuk ketampi. Yang lain semua 5, 6. Sampai aku je. 15 kali -,-

Memang muka aku, Nad, Azian, Shima, Wani confirm ada setiap kali ada kawad. Tapi, daripada 20 orang, selalu 12, 16lah, hari tu 7 orang je yang datang -,- Harap Isnin nie semua datang, lagi lagi nak belajar Formasi pulak tu.

Dan, doakan scout aku menang dalam saringan Rabu nie. Amin. Final 29 hari bulan. Fuh fuh~ But, even kalah pun, itu adat permainan. Aku tak kisah, yang penting, kitaorang dah buat terbaik :) Yeahhhh.

:)

Jamuan raya sekolah 2012.
POSTED ON Sunday, September 9, 2012 AT 11:12 PM \\
Assalamualaikum semuaa.
Hihi. Apa khabar? Sihat dok? Mogo mogo anda semuo sehat belako deh ;D

Hari ni aku ada entry baru, jamuan raya sekolah! Entry yang jamuan raya sebelum nie jamuan dalam kelas je. Ni untuk satu sekolah :)

So, hari tu aku pakai baju purple. Tema kelas aku, purple, pink, dengan merah. Mula mula nak pakai baju kelabu, tapi baju tu jarang. Nad tak kasi pakai. Then, tukar pakai baju purple :)
Jamuan tu start pukul 10.30. So, aku pengawas kena tolong tolonglah mana yang patut. Mula mula kena potong kek then potong timun. Ijat yang depan aku tu dah memekak kata aku tak pandai potonglah, apalah. Pekakkan telinga jelah. Tahu kau budak surau. Cis.

Bila semua benda dah ready, budak budak pun turun dataran. Banyak gila tau makanan. Nasi hujan panas, haha, actually tak tahu kenapa nasi tu namanya ''Nasi hujan panas'' Satay, kuih muih, air. Banyak gila sebenarnya. Mak den kata, banyak makanan tak habis. Rugi rugi. Haha.

Aku kena jaga bahagian kuih dengan Ainaa, Rodiah, Ummi, Luqman dannn Izzat. Ramai gila jaga bahagian tu, tapi kejap je pun aku jaga. Ustazah suruh makan dulu, so aku pergilah cari budak kelas aku. Makan satay sesama dengan dorang semua. Lepas makan je, ajak semua budak kelas ambik gambar sesama. Nak tengok gambar? Hehe, jap gi kay.

Btw, trending dekat Twiiter sekarang pasal ni #ReplaceArtistNamesWithNipple NIPPLE? Sumpah merepek. Sapelah memandai buat hashtag macam gini. Haha. Jangan lupa follow den @lelonatasho

Sambung..
Lepas je jamuan habis, reramai gerak pergi open house rumah Wani. Kat sana aku tak makan pun. Minum air je. Perut dah terkeluar dari landasan. Hahaha. Paham maksud aku? Lagi bagus korang tak paham. Haha.

THIS THE PICTURES!
*Aku pakai baju purple tau. Cari lorhhh














2 Murni'12



Jamuan Raya with my classmate.
POSTED ON Monday, September 3, 2012 AT 8:48 PM \\
Assalamualaikum dunia.

Hai semua. Apa khabar? Rindu saya? Tolong cakap ya. Hihi.
Okay, actually dah lama gilaaaaaa aku tak hupdate blog. Rindu pun ada. Aku nak start blogging baliklah. Yeah.

Pada 30 Ogos 2012. Aku dan budak kelas aku buat jamuan hari raya. Dan, itu sangat awesome! Kitaorang buat jamuan tu lepas balik sekolah. Buat dekat belakang sek, taman herba.

Everyone bawak sekurang kurangnya bawak satu makanan. Dan aku, bawak KEK VANILA! Buat sendiri. Lakulah jugak, walaupun tak habis. Tak kisah pun, aku ada untuk habiskan ;) kahkahkah. Banyak gila makanan weh! Sumpah banyak! Takpercaya? Okay, kejap lagi ada gambar. Lihat dan kaji. Mwehehe.

This is!
With Cikgu Anisah.

Anak dan ibu.

Shima and me.

Boys.

Banyakkan?

Kuih mwehehe.

Lelaki sampai..

Air gas, dadih, roti, air mineral dan .. cawan. ;)

Kata kata aluan dari Nur Jannah Alias.

Kami bespren poreber.

GirlzzZzZZZz.

Saya tengah. Ehem.

WE \m/

Cukuplah kot kan gambar? Hehe. Thanks for everything semua!

Love you.
xoxo