Sekolah & Happy New Year.
POSTED ON Saturday, December 31, 2011 AT 11:31 AM \\
Assalamualaikum.
Hai semuaa >< Laila Natasha here :)

So, today aku banyakk sangat nak cerita.

29.12.2011

Seriously, the day was so awesome!
Datang sekolah dengan semangat yang membara tapi sedikit berdebar. Hihi. Tak tahu kenapa.
Then, sampai je sekolah. I meet my friends :) Rindu pun dah terubat. Ecehh.
Ada pendaftaran Unit beruniform, persatuan dan pengakap.

Unit Beruniform -> Pandu Puteri
Persatuan -> Sains dan Mathematics.
Permainan -> Badminton.

Persatuan aku dapat jawatan O.o Ajk form 2. Aku tak tahu siapa yang calonkan aku.

Then, aku masuk kelas lambat tapi dapat tempat duduk the first row. Haha. Takut lettew nak duduk depan --'
Dalam kelas pun dapat jawatan. Bendahari. *Angkat kening, angkat kening*
Seminggu RMO.50 Class teacher kitaorang tesangat baik sampai 50 sen je dia mintak seminggu.
Eh, my class teacher nama dia Nor Hamizi :) I'll love you teacher <3

30.12.2011.

Kena datang sekolah sebab nak tolong cikgu cikgu. And hari nie ada orientasi form 1. So, saya sebagai pengawas, percubaan baru. *Buat muka* turut membantu dalam proses bantu membantu nie. Haha. Kgurau.
So, kerja aku kena tolong cikgu Shazlin dalam kelas 1 Budiman. Kelas tuh dah jadi kelas last. Turut dibantu oleh Chela. Haha, Chela? Tahu siapa? Entah, aku pun tak tahu. Tapi sebenarnya aku yang membantu dia. Haha.
Kerja part time tu sangat best! Serious tak tipu. Dan masa tu, Laila Natasha menjadi sangat peramahh!
''Anak Encik kelas 1 Budiman ke?'' ''Haa, ye.'' ''Encik cari nama anak encik, kemudian tulis no, telefon dan nama ibubapa'' *Sambil tersenyum* tengok, bertapa peramahnya saya. Haha.
24 jam kena senyum. Senyum itu sedekah. Wahh, dah banyak pahala aku dapat nie. *Kecing, kecing. K gurau lagi --'

Haa, and, and. Ada satu part tu, aku merayaplah sebab tengok ibubapa pun dah sikit. And takde pun ibubapa yang datang kelas aku. Tengah tengah nak jalan tu, ada sekumpulan budak form 1 lelaki dok berborak borak, dan diaorg mengambil space yang tersangat banyak sampai aku tak boleh nak lalu! So, aku cakaplah ''Dik, tumpang lalu.'' Then, dorang gelak gila gila. Entah, aku pun tak paham. Sangat tak paham. --'

31.12.2011

Today is the last day of 2011. Saya akan rindu semua kenangan yang saya dah buat pada tahun ini :) Tahun ini juga sangat AWESOME. I love it.
Aku kenal dengan ramai orang tahun nie. It's make me so happyyyy.

To all people yang dah datang dalam hidup saya tahun nie, saya ucapkan terima kasih sangat sangat :') Jujur saya gembira dapat kenal dengan awak, awak semua :)

And, azam saya tahun nie.
  • Study elok elok.
  • beli handphone baru *Semmgnya aku dah start kumpul duit
  • Make my parents happy.
Err, sedang memikirkan lagi azam tahun 2012. Harhar.

Goodbye 2011, Hello 2012.
HAPPY NEW YEAR!

Okay, Assalamualaikum :>

13.12 BEGINN.
POSTED ON Wednesday, December 21, 2011 AT 1:32 PM \\
Assalamualaikum.

Hai semuaaaa. Sorry for the long time aku tak update blog. Tak busy pun. Just takde idea nak di cerita. Okay, today aku nak story tentang holiday nie.

Hari tuh tak silap Laila 13 haribulan. Yeahh, 13 haribulan. Memang tak silap lagi. Mula mula plan nak keluar dengan Dibah, Tieya, Aireen dengan bf Aireen. Tanya mama, so, mama bagi! WOW! Haha, tapi mama kata kalau orang kampung datang. Takyah pergi. So, setiap masa den doa supaya orang kampung jangan sampai rumah lagi 13 hari bulan tu. Tengah tengah online pukul 12 lebih, mak saudara aku call. And that's time dah 13 haribulan. Dorang dah gerak dari Kelantan pukul 12 malam. Okay, sangat bagus! Aku tak boleh keluar :( Tapi aku tak kesah pun walaupun sebenarnya aku kesah. Haha. Then text Dibah and bagi tau yang aku tak jadi keluar.

Next day, bila aku bangun je. Dorang semua dah ada kat rumah. So, macam biasalah. Kalau orang kampung datang. Aku mesti diganggu oleh bunyi bising. Haha. Orang kampung aku memang bising lagi lagi yang mak mak. Haha. Tapi aku suka! The day tak pergi mana mana pun. Just duduk rumah. Mak mak je keluar pergi beli kain. Kain untuk dijahit untuk perkahwinan abang aku. Ecehh. Nak kahwin dah kau Long. Haha. Haa, dorang semua datang sini sebab Emi, sepupu aku dia ada interview kat sini. Jadi polis apa entah. Then malam tu, plan nak pergi Mid. Tapi ditangguhkan kepada hari Esok :)

Second day. Aku tak tidur lepas Subuh. Dok borok borok dengan sepupu. Emi tu sepatutnya pukul 8 dah kena pergi interview. Tapi pukul 8 tu still tak bersiap apa lagi. Haha. Dia ingat orang yang nak interview kat situ 2-3 orang je. Haa, ambek kau, 70 orang tengah tunggu turn nak interview masa dia sampai. Hahaha. After that, dalam pukul 12 leih kitaorang bersiap pergi Desa Waterpark. Then, ada satu part nie, aku naik yang gelongsor apa entah dengan bapak saudara aku. Naik yang gelap punya. Ayah Ngohlah senang. Aku menjerit masa turun gelongsor tu, ayahngoh boleh gelak je dengar aku menjerit. --' After dah siap mandi semua. Malam tu kitaorang gerak pergi Mid untuk main boling. Tapi aku menang 3rd place je -.- Haha. Tapi masa tu sungguh awesomee! Bila habis main, semua gerak pergi rumah MakLong aku. :)

Masa dekat rumah MakLong tak pergi mana pun. Alamanda, Nilai 3 :) Itu je. But I'll miss this moment :)

Okay, panjang ke post aku nie? Hehe.
Eh, I'm using 'Aku'! :*

Novel tu nanti aku update tau. Don't worry.

Bye. Assalamualaikum.

Novel Part 2.
POSTED ON Wednesday, December 7, 2011 AT 11:15 PM \\

Malam itu, semua keluargaku berkumpul. Kami bersembang sambil menonton televisyen bersama.

“Sarah, macam mana study kat UK?” Soalan yang sama macam mama dan ditanyakan oleh papa.

“Ok je, best. Sarah ramai kawan kat sana pa.”

“Baguslah, dah jadi doktor dah anak papa ni kan.” Papa berkata sambil mengusap lembut kepalaku.

“Tengok oranglah pa. Haha.” Aku gelak. Lalu abangku menyampuk,

“Eleh, bangga pulak kaukan Sarah.” Perli abangku.

“Eh, suka hatilah. Abang tu yang kuat jealous. Kan pa?” Aku menjawab dan menjeling abangku. Papa, mama dan Kak Mira hanya tergelak.

“Dah dah, tak payah bergaduh. Esok papa cadang nak keluar jalan jalan memandangkan Sarah dah balik dari UK. Esok pun hari minggu. Syira pun tak sekolah. Kan Syira?”

“Ha’a, Syira tak sekolah esok. Yeay, papa nak pergi mana esok? Syira nak ikut tau!” Jawab Syira dengan suaranya yang kecil dan comel.

“Ye Syira, semua ikut.” Papa tersenyum sambil mencubit pipi Syira.

Keesokkannya, aku bangun dan solat subuh. Aku sentiasa ingat kata kata mama. ‘Sesibuk mana pun Sarah, solat jangan lupa. Benda tu wajib, kalau tak buat, bedosa’ kata mama semasa aku hendak pergi ke UK. Selepas selesai solat, aku berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar hari ini. Aku mandi dan bersiap. Aku memang seorang yang suka bersiap lambat. Disebabkan itulah keluargaku terpaksa menungguku berjam-jam. Selepas siap, aku turun mendapatkan keluargaku.

“Haish, Sarah nie tak boleh lambat lagi ke?” Perli abangku.

“Hehe, kan Sarah dah siap nie.” Jawabku sambil membetul betulkan rambutku yang serabai.

“Dah, dah, jom. Cepat semua pergi naik kereta. Papa nak pergi naik bilik kejap. Lupa nak ambil handphone.”

Aku, mama, abang Shafiq, kak Mira dah Syira semua menaiki kereta dan menunggu Papa. Papa keluar rumah sambil membawa telefon bimbitnya.

Kami bertolak dan kami semua tidak tahu kemana papa ingin pergi. Kami hanya mengikut sahaja.

“Kak Mira, bila nak mengandung? Lama Syira tunggu. Syira nak jaga baby tu.” Syira bertanya spontan. Aku, mama dah papa hanya tergelak. Aku lihat kak Mira tersenyum malu. Abang Syafiq pun turut tersenyum malu.

“Haa Mira, jawablah, Syira tanya tu. Tersenggih je dari tadi kenapa?” Mama perli. Aku tergelak kecil.

“Syira, Kak Mira pun tak tau bila Kak Mira nak mengandung. Nanti kalau Kak Mira dah mengandung. Syira orang pertama yang kak Mira bagi tahu.” Kak Mira menjawab selamba. Kami semua tergelak mendengar jawapan Kak Mira. Kak Mira memang seorang yang sporting. Aku juga rapat dengannya. Kebanyakkan masalah peribadiku, hanya Kak Mira sahaja yang tahu.

Bersambung..


Novel.
POSTED ON Tuesday, December 6, 2011 AT 11:25 PM \\
Assalamualaikum.

Hi peeps :)

Today Laila nak masukkan novel yang Laila dah buat. Korang bacalah ea. Komen tau lepas baca. Laila boring then terfikir nak buat novel nie. Tapi Laila tak masukkan semua tau. Sikit sikit je dulu :)
Dah lama dah buat. Tapi dok save je dalam folder. Daripada save, baik bagi korang baca. Kalau boring, sorry k? :) I'm try the best!

So, enjoyy :D

Nama aku Sarah dan aku bercita-cita menjadi seorang Doktor. Aku belajar di United Kingdom (UK). Aku hidup bahagia bersama keluarga aku yang tercinta. Walaupun umurku sekarang 24 tahun, aku tetap tiada teman lelaki. Teman lelaki dimana orang selalu berkata, dialah menemani kita semasa kita suka atau duka. Tetapi bagiku, keluarga ada untuk menemani aku dan sentiasa disisiku. Dulu aku mempunyai seorang teman lelaki, Amir. Hampir 3 tahun kami bersama sejak umurku 19. Kemudian dia meminta putus. Aku terkejut dengan keputusannya. Hingga kini aku susah melupakan dia. Kini aku tiada teman lelaki tetapi aku tidak cemburu langsung terhadap rakan rakanku yang sudah ada teman lelaki walaupun aku sedikit sedih. Sehinggalah datang seorang lelaki yang telah mengubah hidupku.

“Ma, Sarah dah balik!” Aku berkata setelah sampai di depan pintu rumahku yang sudah hampir 2 tahun tidak pulang. Aku merinduinya. Mama keluar dengan muka tersenyum gembira,

“Sarah! Mama rindu Sarah! Kalau mama tahu yang Sarah tak akan balik langsung ke rumah 2 tahun, mama tak akan bagi Sarah belajar kt UK tu tau!” Aku tersenyum mendengar kata kata mama aku itu. Lalu aku memeluk mama aku. Mama juga turut memelukku. Aku rindu pelukkan mamaku. Aku masuk dan berehat diruang tamu rumahku sambil menonton televisyen. Mama keluar dari dapur sambil membawa dulang berisi air dan kuih muih untuk dimakan.

“Jadi, macam mana belajar kat UK? Ok tak?”

“Hm, oklah. Bestlah jugak. Sarah ada ramai kawan kat sana.” Aku menjawab sambil meneguk air teh yang mama buat.

“Baguslah, kat sana Sarah tak jumpa boyfriend ke?” Mama menanyaku. Aku tersedak mendengar pertanyaan mama.

“Hah? Hm, entahlah ma, takde jodoh lagi. Nak buat macam mana.”

“Sarah tu memang, mama tanya pasal boyfriend je, mesti kata takde jodohlah, itulah, inilah. Banyak betul alasan Sarahkan.” Aku hanya tergelak kecil mendengar kata kata mama. Sedang sedang berborak dengan mama, baru aku teringat tentang papa dan adik beradikku. Abang Syafiq dan Syira, adikku. Lalu aku bertanya kepada mamaku,

“Ma, mana papa, abang, Kak Mira dengan Syira? Diorang tak tahu ke yang Sarah balik hari ni?” Aku sedikit kecewa.

“Oh yaa, mama lupa nak bagi tau Sarah. Papa ada meeting penting hari nie, Shafiq dekat rumah dialah. Mama dah call dia dan kata yang Sarah dah balik. Tapi dia kata ada hal sikit. Malam nie baru dia datang rumah, Dia kata ada benda penting kena buat. Syira ada dalam bilik dia, dia tengah tidur. Dia penat sangat mandi kolam dekat rumah Makcik Hawa.”

“Hm, takpelah, malam nantilah kita semua kumpul. Sarah rindu sangat semua orang dekat rumah nie!”

“Haa, tau pulak dia rindu dekat orang kat rumah ni. 2 tahun tu tak rindu ke?” Mama bertanya lagi.

“Mestilah rindu. Mama nie, perli Sarah pulak.” Aku menjawab sambil menjuihkan mulut. Mama hanya tergelak kecil. Aku sememangnya merindui keluargaku.

Bersambung..