Muhd Adamhilmi Hijazi bin Mohd Zulhilmie.
POSTED ON Monday, December 30, 2013 AT 1:12 AM \\
Assalamualaikum. and hi :)

Opppss, sorry, tetiba nak post pasal pakwe kita pulak. Jadi, pada yang dah pasang niat nak ngorat tu, sila batalkan ye. kahhhhkah.

Tettttt.

i love him so much! and I don't know why....... 


hahahaha actually he is my one and only one anak saudara. Comei dok? berat dia 2.5kg je, kecik dia jangan cakaplah, kecik sangat. sampai nak dukung pun takut takut. 

aku baru balik dari Kedah, read my last post. I told you guys kann..... hahaha wehhhh, excited jumpa anak sedara ni, bakpelah comei kecik sangat. Cam tak sabar nak ada anak sendiri. Bukan gatal ok.
Tapi biasalah, budak kecik, tidur je kerjanya. Malam baru dengar suara dia teriak sampai bergegar rumah.
So, tak dapatlah dia tengok makcik dia yg cute sorang ni. hmm rugi awak ijaz. 

Haaaaa, btw, lupa nak cerita. Tengok nama dia, panjangkan?
Baru aku sedo yang sebenarnya nama tu gabungan nama abg aku sendiri and nama kaklong.

Zulhilmie+Addamillah=Adamhilmi. 

And gua cam, "amboiiii, camne kalau anak kedua and seterusnya? zulmilah kah?"
tambah sikit hijazi kt belakang. and call him, "ijaz" Nama cam band nasyid gitu, mana tahu ijaz jadi penyanyi solo kumpulan nasyid ke kan.... hahaha. jadi cam cikca, cikca pun suara sedap tau. ceh. 

and alang alang kat kedah, kita hiruplah udara yang segar kat situ. Kedahkan terkenal dengan nama "Kedah jelapang padi". Tidur kat homestay, and depan homestay tu ada sawah padi. Cam cantik gila, angin pun sepoi sepoi je. Dan tak ramai yang lalu lalang situ, jadi tempat melepak best kot. 



So, ini gambar depan homestay. Kat belakang tu ada sawah padi. Tapi gambar cam hare sikit, jadi takmau tunjuk. kakaka.

oppss, terletak pulak. 

Lastly, sampai KL dlm pukul 9 lebih. dan terus menaip lepas layan Runningman. So habis je taip ni, kita layan runningman episode 176! 

Shhhh.. ijaz tengah lena tu.

selamat datang ke dunia yang indah baby!
POSTED ON Friday, December 27, 2013 AT 5:25 PM \\
Assalamualaikum dunia y
apa khabar belaka? Baik? Alhamdulillah.

Tengok title tu, kemain panjang kihkih. Im so excited right now, sebabbbbbb i got a nephew ;D 

Alhamdullilah, kaklong aku dah selamat melahirkan anak pertamanya. Baby boy. Alhamdulillah, aku yang excited lebih. hihi baru je lahir semalam. Tarikh 26.12.2013. Tapi, abang aku tak bagi lagilah nama anak dia apa, so tak boleh nak tulis namanya siapa. Katanya "sunnah bagi nama hari ke7"
Jadi kita tunggu jelah nama baby boy tu.... 

Esok kita akan ke kedah untuk melawat kaklong dan jugak my anak saudara! hiii mesti kecik comel je dia. Dapat anak saudara pun excited lebih, macam manalah kalau dapat anak sendiri akan datang. 
ehem.

gambar lepas baru dilahirkan.


nie ada pesanan untuk baby cikca nie, kahkahkah. i want him to call me cikca because of my name is natasha, tapi cam kakak aku kata
"cikca? seksa? siksa? name is going to reflect yours sooner or later. so pick the better name"
heeeeh macam peduli je, puih. walaupun cikca bunyi cam cicak hm

"okay, untuk my nephew, semoga awak membesar dengan sempurna, jadi anak yang baik dan soleh ye. dengar cakap mak dgn ayah awak. jangan jadi mcm ayah awk ok, makan byk. dah gemok pun dia. hahahahaha. lagi satu, nak bagi tahu, untung sangat kat awak sebab dapat mak saudara macam cikca. esok cikca datang lawat awak ye :* cikca sayang kamu! muah muah!"

after dimandikan. comei je dia tidur...



25.12.2013
POSTED ON Thursday, December 26, 2013 AT 1:47 AM \\
Assalamualaikum wbt.

Start menaip pada pukul 1.20am. Its just a random post. kehkeh. Dok stalk blog Maria Elena and tetiba rasa rindu nak menaip. Yelaaaaa, igt senang ke nak blogging. On9 pun pakai hp. Laptop dah rosak. Ini pun pakai laptop abg. Alang alang dia dah tidurkan hihi. and i just cant wait for ena dapat duit jpa. And she gonna buy us computer. yihieeeee. So, bila bila boleh blogging and tengok movie. happy meeee. 

Pagi tadi keluar dengan my besprenn. Athirah. and tetiba ilham pun nak ikut. so, bagi jelah dia ikut. Btw, dia kawan sekolah rendah. Bila jumpa ilham, i was like "waaahhhh am dah kurus!!" hahaha makin hensem ah. Jenjalan je kat mid, nak tgok wayang. and tengok queue, bapak panjang! 
Pastu pi kat boling, hehhh pun sama, full!! borak jela kejap dgn dorg kt dalam tu. Dorg boleh bantai cerita pasal member member dorg, aku mcm "haihhh pasai sapelah korg dok cerita ni"

Memandangkan takde benda nak buat, so kiteorg pi masuk jusco kot, heh entah, then pergi kat bebudak selalu main token tu. And kiteorg ambik gambor booth2 natang apa ntah. Tpi ambik dengan tyaa jelah, am malu. Katanyaaa. heh. Bila dah ambik gambar, kiteorg dahler 1st time guna photo booth benda jadah tu, hahaha check kat luar,
"wei lai, mana dohh gmbr tu??!"
"haah wehh, burn rm10 kitaaaa!!"
Pastu am panggil, "korg kene edit kt sinilah" HAHAHAHA time tu rasa cam bodoh je. Malu malu....
Then edit2, then ni diaaa gmbrnya.

comei kan? ihiks.

Next, pergi makan. alhamdulillah, air am belanja. kihkih thankss am!
Lepas je makan, jam dah menunjukkan pukul 1. Am kene balik, sbb dia kene balik asrama dia. So hantar dia kat bawah. bila am dah balik, masuk balik dlm mid pergi daiso and beli kotak. Hahaha then round satu mid tu, dah mcm runner kiteorg ni. Heh
kiteorg sampai je rumah dalam pukul 2.50pm. Tak pernah2 der keluar dengan kawan balik awal centu. Hahahaha mama pun pelik, "ehh awalnya balik" "nak tgok wayang, tpi panjang gila org beratur!"
Thanks jugak untuk bapak tyaa, sebab hantar kiteorg. hehe save bajet.

here our pictures!


Syukur.
POSTED ON Thursday, December 19, 2013 AT 7:02 PM \\
Assalamualaikum.
hiiiiii, lamo gilo den tak menaip dkt ini belog. so baru sekarang rasa nak menaip sebab mood dia meninggi. kahkah. so, rasa macam baru semalam je keluar dari bilik peperiksaan, rasa macam baru semalam je kami kengkawan semua dok teriak "merdeka!"
cuma nak cakap kat sini, yang aku tengah rindu zaman ambik PMR bulan 10 hari tu. hahaha ceh cakap macam dah berzaman je ambik pmr.

So, hari ni, 19.12.13 Laila Natasha Bt Mat Kana telah berjaya dengan cemerlangnya. haha. Alhamdulillah, dapat 8A. Sumpah macam tak percaya, aku tak expect pun dapat lurus A, confident dapat 4A je and target 6A keatas. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kat aku.

Skrg nie, aku nak cerita perjalanan aku ambik result pagi tadi. Cam biasa ah, bangun subuh dalam pukul 6.45. Habis je solat, dok scroll2 temlen kat Twitter. Berderet der dok bercakap pasal result. So perasaan kat hati tu memang tak boleh nak diungkaplahkan hahaha poyo gila. Habis je scroll2, tidor ah kejap, dalam pukul 8.58, kakak gua kejut dan berkata "weh aca, bangun! dah pukul 9.30!" aku terus bangun then cek jam, bongok punya kakak. disebabkan mimpi indah aku dikacau, aku tak boleh nak sambung tidur, apa lagi, scroll lagi temlen hahahaha cam takde life. So, lepak lepak dulu, makan makan, dlm pukul 10 baru mandi dan siap siap. lepas je siap, lepak dalam bilik kakak aku. suddenly dia menjerit, "ACAAAA!!! KAU DAPAT 8A!!" hahahaha dia sms result aku, ke tak gembiranya aku. Tapi mcm taknak percaya sangat ah sebab tak dapat slip lagi. So, dgn perasaan tak sabarnya, aku terus pakai kasut then pergi sekolah.

Sampai je sekolah, jumpa dengan memember semua, then terus ambik result kat dewan. Time dalam dewan, yang jaga kaunter kelas aku cikgu mizi & cikgu hawa. Cikgu tak habis habis dok cakap "lela! kenapa teruk sgt kh kamu ni?!" "haih lela, sains kamu teruklahhh" aku cuak gak ah time tu, takut takut betul.. lelagi cikgu hawa, haih, nyeram betul.. "teruklah lela, saya takut kamu kena panggil dgn pengetua.." tapi mmg debarlah time tu, sooo sampailah turn aku dgn nadhirah. cikgu bagi aku punya dulu... aku bukak je, alhamdulillah, deret A! Terus peluk and salam cikgu mizi dgn cikgu hawa. rasanya tulah minit yang mana aku rasa paling bahagia dlm hidup aku hahaha masih poyo. Nad pun dapat 8A! Menangis dia kat situ, then peluk dia pulak. haha aku tak nangis ah, cuma badan je menggeletar. hahaha. cikgu hawa tadi sweet, entah kenapa hahaha "meh sini lela, cikgu nak peluk awak" haha.

sampai situ jekot, yang lain tu malas nak cerita hehe. Tahniah jugak utk Shairah, Azrul and Darwisy dapat lurus A. Dan tak lupa jugak buat Shima Wanie Azian Jannah dan Cik! alhamdullilah result kita semua okay :D last but not least, terima kasih utk mama papa, cikgu cikgu, kengkawan dan classmate yg paling gua sygi. 3Murni. Hehe TAHNIAH SEMUAAAA!!