Choral Speaking'12
POSTED ON Saturday, March 24, 2012 AT 2:42 PM \\
Assalamualaikum.

Okay, hari nie saya datang balik. Hello. Muahaha.

Tadi pergi sek, sebab ada Anugerah Cemerlang. Tapi, aku tak dapat apa apa pun. Haha. Cuma buat persembahan je. Cer teka persembahan apa? K, sepatutnya takyah teka. Tengok title pun dah tahu.

Bangun dalam pukul 6 lebih. Siap siap. Dalam pukul 7.20 baru gerak pergi sek. Jumpa classmates perempuan terus bergambar dengan dorang.
Gambar nie sangat TAK COOL!

Waiting for the .. 'persembahan'

HAI, kami semua pekerja Jusco! *angkat kening*

Masa nie tengah tunggu turn nak buat persembahan. Bila dah naik pentas. Serious, semua cuak. SEMUA. Lagi lagi aku, rasa nak termuntah pun ada. Lagi sikit je nak terkeluar muntah hijau. Hahaha. K tipu.

Habis je persembahan. Semua macam, ''FUHH!'' Haha, lega. Finally, habis jugak persembahan kitaorang. So, cikgu cakap, Ókay! So, lagi lega. Satu dewan senyap k. Muehehe.
Yelahh, mana taknya, Misha Omar and the Gang dekat atas pentas. *Muntah berdarah*

Then, pergi lepak kantin. Minum air. Bluetooth lagu. Alah, biasalah tu. perempuan. *Tetibe
Bila mak bapak semua dah turun. Kitaorang kena gerak pergi tempat lain.
Ambil makanan dulu :D
Nasi lemak, sate 4 cucuk, roti pisang dan air sirap. Peh peh pehh, kenyang doh.
And, aku cakap kat cikgu, ''Cikgu, 4 je? Mana cukup! Bagilah 8?''
''Awak nie, bersyukur jelah dapat makan''
''Tak boleh, saya kena makan 8!''
Haha, cikgu penat ahh tu.

Terus makan kat atas pentas. Jumpa ZARIFF. Haha. Zariffffffffffffffffff!

Habis makan, bergambar sampai balik!


So, ada banyak lagi. Tapi malas nak masukkan.
Hihi, okaylah.
Assalamualaikum

Take care.

Akad nikah/Perkahwinan Long, Kak Long.
POSTED ON Monday, March 19, 2012 AT 12:09 AM \\
Assalamualaikum semua :)
So, how's your school day? Seminggu nie, aku berhijrah. Yeah, berhijrah. Pergi Kedah then Kelantan. Okay, serius penat. Seminggu tu bekerja je. Walaupun, bukan aku. Orang lain yang bekerja. Tapi, aku tetap dapat merasakan kepenatan mereka. Haha.

K, start now! Boboiboyyy! Ohh, adik sedara aku suka sangat sebut sebut benda nie. Kadang kadang selalu terikut.

Akad Nikah.
Jadi, hari ni lah abang aku digelar suami orang. Pandaikah? Haha. Bangun pepagi, siap siap. Lepas Zohor gerak pergi Masjid. Aku pakai baju kurung baru k. Warna oren. Nak tengok? Tengok ehh?

Ehem ehem, aku yang pakai baju coklat bulat kuning tuh. Bak kata mama, telur katak -.-

Sampai je masjid, terus duduk dekat pondok. Tunggu Tok Kadi datang. Sedang sedang tunggu tok kadi, aku touch up sikit. Ehh, aku pengantin perempuan tau. Sambil sambil tuh, ambil gambar. Daripada berpuluh puluh gambar yang diambil masa itu. Hanya satu sahaja yang terbaik. Eeee. Haha.

Gambar ni takdelah bagus sangat. Nampak aku macam... kambing.

Then, tok kadi dah sampai. Lelaki lelaki pergi solat Zohor. Kami yang perempuan still lagi lepak dekat pondok tu. Uish, teruk teruk. Habis je para ambiyah.. lelaki solat. Kitaorang semua masuk Masjid. Dah nak start dah akad nikahnya. Jadi, disebabkan aku seorang yang tamakkan pemandangan yang jelas, ehh? Aku duduk depannnnnnnnnnn sekali. Yeahh, sangat jelas. Tapi sangat jauhh. -.- Apakah?

Tu diaaaa. Abe Longkang aku. Dah jadi suami dah kau long :') *Airmata bergenang* Eeee.

'Aku nikahkan Laila Natasha dengan ....' 10 tahun aku datangg..
Haha, berangan!

Habis je akad nikah, kitaorang pergi makan makan dekat rumah belah perempuan. Btw, yang datang untuk akad nikah nie, sikit je. Yang lain pergi Langkawi. Mentang mentang dekat Kedah -.- Haha. K, takpe.

Lepas makan, kitaorang semua masuk dalam ambil ambil gambar.

Haih, gua benci betul tengok muka minah nie.

Gambar ni aku ambik dari bilik pengantin perempuan. Jadi, itu kak long. Haha.

Bila dah selesai semua semua. Kitaorang pun nak balik dah. Salam salam, Long tidur rumah kak long malam tu. Aww. Hahaha. Balik rumah, rest sekejap. Lepas nie, nak keluar main boling. Jyeahh!

Jadi, masa yang dinanti nantikan. Boling boling boling lolinggg lolipopp popcorrn kondakkk dakwattt!
Aku lawan 5 orang, termasuk aku. Mok Teh, Mok
Dah, Ena and Yaya. Dan, aku puassss!
Result pertama je dah ..


Tengok, aku dapat jatuhkan semua!
Sila endahkan nama aku tu. Asha gedik. -.- Kakak tak guna. Haha.

Jadi, nie result akhir sekali! Tapi belum habis lagi sebenarnya.
Yang akhir punya, tak sempat nak tangkap dah hilang -.-

Dan, saya pemenangnya okay! Muahaha. Bangga. Amboii, riaknyaaaa.
Ehh, sebelum aku main boling, aku sempat beli benda nie. Comel, rm1 je. memandangkan dalam purse aku tinggal rm1 je lagi. Haha -.- aku terpaksa mintak Piji singgit. Dapatlah beli 2. Satu nak bagi dia :D

Comelkan?

Okay semuaa, done for today. Hari nie akad nikah jelah dulu. Lain kali perkahwinan tuh pulak. Nie pun macam dah panjang gila! K, bai semua :)

ASSALAMUALAIKUM.

#Wajah gembira kerana memenangi pertandingan boling peringkat keluarga.

Exam. End.
POSTED ON Thursday, March 8, 2012 AT 1:22 AM \\
Assalamualaikum.
Hey, exam gua dah habis! Wahh, terus segar! *menggeliat*

So, hari nie last exam. And, boleh tahanlah exam hari nie. k, aku boleh jawab. Lancarrrr.
Yeahhh (y)

Firstly, Seni. lol, takyah ceritalah. Kena buat goresan je pun. Haha. Even tengah exam Seni. Kelas bising gila doh. Aku rasa nak lempang sorang sorang budak laki kelas aku. Serious, masa tuh pun mak aku ngajar, Banyak kali dah aku rasa mak aku suruh dorang diam. tapi, no effect. kambing betul.
Second paper, ICTL. 1st soalan aku dah blur. haha. Mana taknya, soalan generasi generasi komputer. Aku dah baca. baca jelah. Setakat baca, apalah sangat. Haha. Tak hafal pun. Then, start soalan tengah tengah sampai akhir, Lancarrrrrrrrrrr.
Last paperrrrrr! Woooooooooooo.
Kertas Sivik. Lagi sonang. Wahh, riakk.
Tak, tak senang mana pun. tapi sebenarnya senang tau. Eh tak, susah. k..
Dalam masa setengah jam aku buat, setengah jam lagi aku tidor. Aku rasa hampir separuh budak kelas aku tidor lepas habis exam Sivik. #EhYeke?

THENNNN, EXAM HABISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!
Wahhh, takyah pikir buku dah. k, kejam. And, guess what? Cikgu nak buat something hari Jumaat nie. But, aku takde. Ini tidak adil, tidak adil, bagikuuuu~
Saya akan ke Kedah. Sila rindu saya. whehehehehe.

Btw, hari nie dapat 2 result.

Geo: 66%
Math: 88%
Dan, aku PUAS dengan result yang aku dapat hari nie. Yeahh.

I'm peace!
AKU HIDUP KEMBALI. Haha.

Assalamualaikum.

Exam
POSTED ON Sunday, March 4, 2012 AT 5:00 PM \\
Assalamualaikum.
Hai semuaaaa! Update belog lagi ah. Bosang taug. haghaghag.

K, exam dah start dari semalam. Sabtu. Bahasa Malaysia, Mathematics dan Sejarah.
Bahasa Malaysia dengan Mathematics. Aku confident jawab. Bukak kertas. Woo, tangan laju doh tulis. Sampai Sejarah, otak aku jam. Haha. Serious, Sej aku tak yakin boleh dapat A. Apa yang aku baca, semua tak masuk. Damn! Sokay, baru Ujian 1. Next exam aku try lagi!
MALAYSIA BOLEH! LAILA NATASHA BOLEH! Ohh, semangat yaa.


Then, esok pulak exam Agama, Sains dan English. Agama dengan Sains banyak kena baca! Sains, Bab 1 je masuk. Tapi, bab 1 pun dah berapa puluh muka surat. Haihh. Agama? Jangan ceritalah. Lagi banyak banyak banyak banyak.


Jadi, doakan aku tau? Aku sangat memerlukan doa korang. Hikhok.
Malam nie aku study. Malam nie? Okay.. Haha.

This time masa Sambutan Maulidur Rasul? Sila teka mana saya.

My Classmates. I love them so much.
Ouhh. itu kelas saya. Cantik bukan? Tak sebenarnya.

*Gambar dicuri dari album Cikgu Anisah

Assalamualaikum.


New look
POSTED ON AT 3:59 PM \\
Assalamualaikum.

Jadi, nampak perubahan di sini? haa, okay, aku guna blogskin.
Dah omey dah blog aku nie. harhar.

Bai, esok aku exam.

#Study.. study.. k, tipu sebenarnya.