Novel Part 2.
POSTED ON Wednesday, December 7, 2011 AT 11:15 PM \\

Malam itu, semua keluargaku berkumpul. Kami bersembang sambil menonton televisyen bersama.

“Sarah, macam mana study kat UK?” Soalan yang sama macam mama dan ditanyakan oleh papa.

“Ok je, best. Sarah ramai kawan kat sana pa.”

“Baguslah, dah jadi doktor dah anak papa ni kan.” Papa berkata sambil mengusap lembut kepalaku.

“Tengok oranglah pa. Haha.” Aku gelak. Lalu abangku menyampuk,

“Eleh, bangga pulak kaukan Sarah.” Perli abangku.

“Eh, suka hatilah. Abang tu yang kuat jealous. Kan pa?” Aku menjawab dan menjeling abangku. Papa, mama dan Kak Mira hanya tergelak.

“Dah dah, tak payah bergaduh. Esok papa cadang nak keluar jalan jalan memandangkan Sarah dah balik dari UK. Esok pun hari minggu. Syira pun tak sekolah. Kan Syira?”

“Ha’a, Syira tak sekolah esok. Yeay, papa nak pergi mana esok? Syira nak ikut tau!” Jawab Syira dengan suaranya yang kecil dan comel.

“Ye Syira, semua ikut.” Papa tersenyum sambil mencubit pipi Syira.

Keesokkannya, aku bangun dan solat subuh. Aku sentiasa ingat kata kata mama. ‘Sesibuk mana pun Sarah, solat jangan lupa. Benda tu wajib, kalau tak buat, bedosa’ kata mama semasa aku hendak pergi ke UK. Selepas selesai solat, aku berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar hari ini. Aku mandi dan bersiap. Aku memang seorang yang suka bersiap lambat. Disebabkan itulah keluargaku terpaksa menungguku berjam-jam. Selepas siap, aku turun mendapatkan keluargaku.

“Haish, Sarah nie tak boleh lambat lagi ke?” Perli abangku.

“Hehe, kan Sarah dah siap nie.” Jawabku sambil membetul betulkan rambutku yang serabai.

“Dah, dah, jom. Cepat semua pergi naik kereta. Papa nak pergi naik bilik kejap. Lupa nak ambil handphone.”

Aku, mama, abang Shafiq, kak Mira dah Syira semua menaiki kereta dan menunggu Papa. Papa keluar rumah sambil membawa telefon bimbitnya.

Kami bertolak dan kami semua tidak tahu kemana papa ingin pergi. Kami hanya mengikut sahaja.

“Kak Mira, bila nak mengandung? Lama Syira tunggu. Syira nak jaga baby tu.” Syira bertanya spontan. Aku, mama dah papa hanya tergelak. Aku lihat kak Mira tersenyum malu. Abang Syafiq pun turut tersenyum malu.

“Haa Mira, jawablah, Syira tanya tu. Tersenggih je dari tadi kenapa?” Mama perli. Aku tergelak kecil.

“Syira, Kak Mira pun tak tau bila Kak Mira nak mengandung. Nanti kalau Kak Mira dah mengandung. Syira orang pertama yang kak Mira bagi tahu.” Kak Mira menjawab selamba. Kami semua tergelak mendengar jawapan Kak Mira. Kak Mira memang seorang yang sporting. Aku juga rapat dengannya. Kebanyakkan masalah peribadiku, hanya Kak Mira sahaja yang tahu.

Bersambung..