Novel.
POSTED ON Tuesday, December 6, 2011 AT 11:25 PM \\
Assalamualaikum.

Hi peeps :)

Today Laila nak masukkan novel yang Laila dah buat. Korang bacalah ea. Komen tau lepas baca. Laila boring then terfikir nak buat novel nie. Tapi Laila tak masukkan semua tau. Sikit sikit je dulu :)
Dah lama dah buat. Tapi dok save je dalam folder. Daripada save, baik bagi korang baca. Kalau boring, sorry k? :) I'm try the best!

So, enjoyy :D

Nama aku Sarah dan aku bercita-cita menjadi seorang Doktor. Aku belajar di United Kingdom (UK). Aku hidup bahagia bersama keluarga aku yang tercinta. Walaupun umurku sekarang 24 tahun, aku tetap tiada teman lelaki. Teman lelaki dimana orang selalu berkata, dialah menemani kita semasa kita suka atau duka. Tetapi bagiku, keluarga ada untuk menemani aku dan sentiasa disisiku. Dulu aku mempunyai seorang teman lelaki, Amir. Hampir 3 tahun kami bersama sejak umurku 19. Kemudian dia meminta putus. Aku terkejut dengan keputusannya. Hingga kini aku susah melupakan dia. Kini aku tiada teman lelaki tetapi aku tidak cemburu langsung terhadap rakan rakanku yang sudah ada teman lelaki walaupun aku sedikit sedih. Sehinggalah datang seorang lelaki yang telah mengubah hidupku.

“Ma, Sarah dah balik!” Aku berkata setelah sampai di depan pintu rumahku yang sudah hampir 2 tahun tidak pulang. Aku merinduinya. Mama keluar dengan muka tersenyum gembira,

“Sarah! Mama rindu Sarah! Kalau mama tahu yang Sarah tak akan balik langsung ke rumah 2 tahun, mama tak akan bagi Sarah belajar kt UK tu tau!” Aku tersenyum mendengar kata kata mama aku itu. Lalu aku memeluk mama aku. Mama juga turut memelukku. Aku rindu pelukkan mamaku. Aku masuk dan berehat diruang tamu rumahku sambil menonton televisyen. Mama keluar dari dapur sambil membawa dulang berisi air dan kuih muih untuk dimakan.

“Jadi, macam mana belajar kat UK? Ok tak?”

“Hm, oklah. Bestlah jugak. Sarah ada ramai kawan kat sana.” Aku menjawab sambil meneguk air teh yang mama buat.

“Baguslah, kat sana Sarah tak jumpa boyfriend ke?” Mama menanyaku. Aku tersedak mendengar pertanyaan mama.

“Hah? Hm, entahlah ma, takde jodoh lagi. Nak buat macam mana.”

“Sarah tu memang, mama tanya pasal boyfriend je, mesti kata takde jodohlah, itulah, inilah. Banyak betul alasan Sarahkan.” Aku hanya tergelak kecil mendengar kata kata mama. Sedang sedang berborak dengan mama, baru aku teringat tentang papa dan adik beradikku. Abang Syafiq dan Syira, adikku. Lalu aku bertanya kepada mamaku,

“Ma, mana papa, abang, Kak Mira dengan Syira? Diorang tak tahu ke yang Sarah balik hari ni?” Aku sedikit kecewa.

“Oh yaa, mama lupa nak bagi tau Sarah. Papa ada meeting penting hari nie, Shafiq dekat rumah dialah. Mama dah call dia dan kata yang Sarah dah balik. Tapi dia kata ada hal sikit. Malam nie baru dia datang rumah, Dia kata ada benda penting kena buat. Syira ada dalam bilik dia, dia tengah tidur. Dia penat sangat mandi kolam dekat rumah Makcik Hawa.”

“Hm, takpelah, malam nantilah kita semua kumpul. Sarah rindu sangat semua orang dekat rumah nie!”

“Haa, tau pulak dia rindu dekat orang kat rumah ni. 2 tahun tu tak rindu ke?” Mama bertanya lagi.

“Mestilah rindu. Mama nie, perli Sarah pulak.” Aku menjawab sambil menjuihkan mulut. Mama hanya tergelak kecil. Aku sememangnya merindui keluargaku.

Bersambung..