Resepi: Kek pelangi dan butter cream.
POSTED ON Sunday, January 6, 2013 AT 4:58 PM \\
Assalamualaikum ;)
Hari ni, saya, Laila Natasha nak ajar korang buat kek. Hihi. Sedap, jangan risau. Ini bukan tahyul. kahkah.

Okay, firstly, prepare bahan bahan ni:-

3 cawan tepung gandum*
4 sudu kecil baking powder*
secubit garam halus*
1 buku butter
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan susu segar
5 biji putih telur
2 sudu esen vanila
pewarna merah, biru, pink, ungu, kuning, oren. Atau warna yang ada. Sekurang kurangnya kena ada 5 atau 6 colour :)

Dan untuk topping, butter cream. Ini resepinya:-

1 buku creamcheese
1 cawan gula ising
1/2 cawan butter

Kalau korang tak guna gula icing, boleh guna gula biasa, then kisarkan. Pastikan kisar bagi dia hancur betul2. Kang tak jadi pulak butter cream korang tu. 

Dan ini cara nak masak:-

-Panaskan oven 15 minit dengan suhu 170c.
-Ayak bahan yang bertanda *
-Pukul gula dan butter sehingga kembang.
-Masukkan putih telur dan gaul. 
-Masukkan esen vanilla.
-Masukkan bahan yang telah di ayak tadi berselang seli dengan susu segar.
-Bahagikan adunan kepada 5 atau 6 bahagian (ikut kehendak masing2) masukkan warna dan kacau sebati.
-Masukkan adunan yang berwarna satu satu dan masak 15-20 minit. *jangan campur kesemua warna! Satu satu.

Habis je semua masak, lapiskan satu satu, setiap lapisan tu, sapukan whipped cream. Topping dia, baru letak buttercream ;D So, hiaslah kek korang dengan kreativiti masing masing.

Rainbow cake ;)

Aku suka buat kek, cita cita besar nanti pun, nak jadi business woman. Bukak bakery. InsyaAllah. Doakan tau :)


Selamat mencuba!