Syukur.
POSTED ON Thursday, December 19, 2013 AT 7:02 PM \\
Assalamualaikum.
hiiiiii, lamo gilo den tak menaip dkt ini belog. so baru sekarang rasa nak menaip sebab mood dia meninggi. kahkah. so, rasa macam baru semalam je keluar dari bilik peperiksaan, rasa macam baru semalam je kami kengkawan semua dok teriak "merdeka!"
cuma nak cakap kat sini, yang aku tengah rindu zaman ambik PMR bulan 10 hari tu. hahaha ceh cakap macam dah berzaman je ambik pmr.

So, hari ni, 19.12.13 Laila Natasha Bt Mat Kana telah berjaya dengan cemerlangnya. haha. Alhamdulillah, dapat 8A. Sumpah macam tak percaya, aku tak expect pun dapat lurus A, confident dapat 4A je and target 6A keatas. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kat aku.

Skrg nie, aku nak cerita perjalanan aku ambik result pagi tadi. Cam biasa ah, bangun subuh dalam pukul 6.45. Habis je solat, dok scroll2 temlen kat Twitter. Berderet der dok bercakap pasal result. So perasaan kat hati tu memang tak boleh nak diungkaplahkan hahaha poyo gila. Habis je scroll2, tidor ah kejap, dalam pukul 8.58, kakak gua kejut dan berkata "weh aca, bangun! dah pukul 9.30!" aku terus bangun then cek jam, bongok punya kakak. disebabkan mimpi indah aku dikacau, aku tak boleh nak sambung tidur, apa lagi, scroll lagi temlen hahahaha cam takde life. So, lepak lepak dulu, makan makan, dlm pukul 10 baru mandi dan siap siap. lepas je siap, lepak dalam bilik kakak aku. suddenly dia menjerit, "ACAAAA!!! KAU DAPAT 8A!!" hahahaha dia sms result aku, ke tak gembiranya aku. Tapi mcm taknak percaya sangat ah sebab tak dapat slip lagi. So, dgn perasaan tak sabarnya, aku terus pakai kasut then pergi sekolah.

Sampai je sekolah, jumpa dengan memember semua, then terus ambik result kat dewan. Time dalam dewan, yang jaga kaunter kelas aku cikgu mizi & cikgu hawa. Cikgu tak habis habis dok cakap "lela! kenapa teruk sgt kh kamu ni?!" "haih lela, sains kamu teruklahhh" aku cuak gak ah time tu, takut takut betul.. lelagi cikgu hawa, haih, nyeram betul.. "teruklah lela, saya takut kamu kena panggil dgn pengetua.." tapi mmg debarlah time tu, sooo sampailah turn aku dgn nadhirah. cikgu bagi aku punya dulu... aku bukak je, alhamdulillah, deret A! Terus peluk and salam cikgu mizi dgn cikgu hawa. rasanya tulah minit yang mana aku rasa paling bahagia dlm hidup aku hahaha masih poyo. Nad pun dapat 8A! Menangis dia kat situ, then peluk dia pulak. haha aku tak nangis ah, cuma badan je menggeletar. hahaha. cikgu hawa tadi sweet, entah kenapa hahaha "meh sini lela, cikgu nak peluk awak" haha.

sampai situ jekot, yang lain tu malas nak cerita hehe. Tahniah jugak utk Shairah, Azrul and Darwisy dapat lurus A. Dan tak lupa jugak buat Shima Wanie Azian Jannah dan Cik! alhamdullilah result kita semua okay :D last but not least, terima kasih utk mama papa, cikgu cikgu, kengkawan dan classmate yg paling gua sygi. 3Murni. Hehe TAHNIAH SEMUAAAA!!