Test test.
POSTED ON Friday, December 21, 2012 AT 2:16 AM \\


Assalamualaikum semua. Sekarang pukul 2.14 am, and Im still awake. Actually, nak try letak gambar gerak2. Wakaka.

I love Big Bang. What to do? Hihi

Kawan selamanya.
POSTED ON Thursday, December 13, 2012 AT 3:59 PM \\
Assalamualaikum.

Hi baby. *lambai tangan* Okay, rasanya dah lama sangat aku tak update blog. Tak busy pun. Cumaaa, banyak meeting dengan clien. Tipu.
Haha, malas jelah jawapannya. :)

Okay, now we start!

I have 2 bestfriends. Yeah yeah yeah. I really love them. Tak pernah bosan bila dengan dorang, gelak, bercerita. Mulut takkan stop bercakap bila jumpa.
Dan mereka adalahhhhh..... Nurul Athirah Binti Azhari dan Adibah Bt Hambali.
You know what, I love them this much! *depakan tangan*

Aku start kenal Diba since darjah 1. Memang, memang rapat! Semua tempat pergi dengan dia jah. Muka aku dengan dia sama tau :3 Hampir semua kata kitaorang kembar. Hihi. Kadang kadang org yang lembab tu, kitaorg kata je ye. Wkwkwk. And, start darjah 2 ke 3.. Aku pindah Lengkok. Dulu aku dok Bangsar Utama sana. Bila tahu je aku kena pidah sana. I was soooo damn happy! Yeayyy! Ada Diba! Haha. And, start situlah, aku kenal Tyaa. ;D

Athirah pulak, aku kenal masa pindah lengkok. Dia dari tadika dah rapat dengan Diba. So, bila petang petang je. Aku pergi main dengan Diba. Then kenallah dengan si Tya bongok ni. Athirah ni pun sebenarnya sekolah rendah dengan aku jugak. Tapi dia kelas lain, tu yang tak kenal. Hahaha. Sian kau Tyaa. Tyaa ni pun gila gila jugak, even mulut dia macam gengster. Tapi aku rasa, dia ni manja je lebih. Hahahahahahaha.

Dah banyak benda kitaorg buat sama sama. Ingat lagi, aku jatuh. Masa tu tengah main badminton. Adik aku pi langgar aku dari belakang. Kuangjaq gila. Then Diba dgn Tyaa ni caring gila doh. hahaha. Pergi cari pokok buaya apa tah tu -.- then sapu kat kaki aku. Haha, cuwit ciot.
Then, ingat lagi satu masa ni. Aku dengan Diba lepak rumah Tyaa sama sama. Makan maggi, tengok Tv. then, masa nak makan tu, aku bodoh sangat time tuh dok pusing pusingkan hp.*that time aku pakai tali panjang yang gantung kt hp tu* Sekali.. PAP! Jatuh dalam maggi. Aku dah ternganga. Tapi boleh pulak tengok je then jerit, ''Tyaaaaaaaaaa!'' Hahahahaha. Bila teringat balik. Mesti gelak xD Habis rosak, sim card pun bau maggi :( Dorang suruh jemur then gelak gelak -.- Celak betul. Haha.

Rindu nak main sorok sorok kat umah Tyaa, tidor kat rumah Dibaa. Then practice menarilah apalah -.- Sekali kumpulan kami dijemput. Wakaka. Okay, benda lama tak boleh cerita :p rindu nak tengok wayang, makan mcd, curi buah rambutan, pi kedai sama sama, main badminton, bola baling, bola sepak, lompat tikus sampai kepala benjol -.- Then sebagainyaaa. Sumpah rindu! Then, nanti Diba nak pindah Semenyih :c Im ganno miss her!

Some photos of us :)

From left: Me, Tyaa, Diba

peace y

Hmm hmm.

Ahaks.

gangnam style.

iMalu..

This time, Tyaa sengaja nak tolak kepala aku -.-

This is so... awkward

Will miss them :')
Nah, follow them on Twitter.

@adbhhmbli
@tya_thirah
Anddd, follow me too maybe? :p @lelonatasho

I love them sooooo much :')
Assalamualaikum.


Convosation IIUM
POSTED ON Monday, October 8, 2012 AT 3:01 PM \\
Assalamualaikum. Hihi.
I hope you gaysss sihat sihat sahaja :)

Semalam actually aku pergi konvo dekat UIA. Universiti Islam Antarabangsa.
Konvo akak kepada Akak Diana. Kenal kak Diana je, akak dia tak tahu nama apa.
She's beautiful :) So, dalam pukul 12 kitaorang dah gerak pergi sana. Then, bila dah nak sampai dekat UIA tu. Jem. Lama gila tahu. Bosan dah aku dok dalam kereta, dalam otak pikir nak makan je. Hahaha.

Sampai je sana, berjalan lama gila cari dewan tu. Haha, dah macam pelarian.
Bila dah jumpa dewan tu, mula mula tempat duduk pun takde.  Then tengok kat depan, YES! ADA! So, adik aku lari cepat cepat ambik tempat tu. Nasib baiklah dewan tu sejuk. Kat dalam tu, tidor makan je. So bahagia. Kuang kuang.

Dah habis, kitaorang keluar jumpa family akak Diana. Hihi. Nampak diam je kak Diana tu...
Tapi tak kesahlah. This is the picture!
Me and mygemoks adik.
Me and Yaya. Kakak paling kerek.
I ate this in Dewan! Nasi ayam. Dap ouh, tapi apak mahal. RM5.
Aku, adik dan bungaaa ;D

With my lovely mother ;D
Akak Diana yang hujung pegang botol air :)

Maaf, pendek je entry hari ni. Pening pikir exam. Hukhuk. Wish me luck for final exam yahh!

We are the BEST!
POSTED ON Thursday, September 27, 2012 AT 5:14 PM \\
Assalamualaikum.

Hari ini, 27 September 2012. Dan semalam 26 September 2012. SMK Bangsar telah mengadakan saringan kawad kaki bagi semua badan beruniform. Dan saya, ahli pasukan Pandu Puteri telah gagal melayakkan diri pada acara akhir kawad kaki Sabtu ini. Tettt! Cedih. Huaa, but, sokay. Tapi saya puas. Ada orang kata formasi kami lawa. Hukhuk.

26 September 2012.

Tepat pada pukul 2.00 petang, semua yang terlibat berkumpul di depan pejabat sekolah bersama semua ahli pasukan yang lain. Fuh fuh. Masa ni aku tak rasa berdebar lagi. Muka relax, cool lagi. Haha. Pasukan aku dapat nombor 6 dari 7. Sempatlah jugak nak berlatih sikit sikit sebelum turn kitaorang semua. First sekali, Puteri Islam, kedua tak tahu. Ketiga tak tahu. Keempat tak tahu. Kelima PBSM tak silap aku. Keenam, PANDU PUTERI! Yang terakhir sekali, Pengakap. Aku suka tengok Formasi scout. Lawaaaaa gila! Sewius. Jealous okay.

Lepas habis je PBSM. Pandu Puteri dah get ready, masa tulah aku rasa macam jantung aku nak tercabut. Rasa nak lari dari situ. Sumpah takut.
''Dari kiri, cepattttt jalan!'' Komander bagi koman. Aku dah macam... ''matilah aku, matilah aku.'' Masuk masuk je, aku terlanggar kon! KON JATUH! AKU MALUUUUUUUU! Aku dah mencarut carut dekat kon tu. Haha. Padahal aku yang terlanggar. Tapi, KENAPA KAU MENYOROK DARI AKU KONNNNNNNNNNNNN!!! Then aku tetap teruskan walaupun aku tengah marah, geram, malu. Dapat bayangkan tak korang macam aku? Hmm.

Habis je Kawad, semua macam, ''fuhhhh'' Cikgu cakap okaylah, tapi permulaan tu yang sedikit hancur. Salah konnn!
Lepas semua habis, cikgu Mimah umumkan 3 finalis. And this is the Finalisssss..

 Kadet Remaja Sekolah.

 Pengakap.

Kadet Bomba. *maaf gambar kurang jelas

Kami kalah. :( 
But sokay, I still enjoyed the ''kawad'' walaupun penat. Hihi.
Saya doakan pada tiga pasukan ni untuk buat yang terbaik! GOODLUCK YAA!
BTW, aku kawad tabik hormat tau. Eh? Tak pastilah nama kawad tu, but, dia ambil 2 orang bagi mewakili setiap badan beruniform. 

Haaaa, habis dooooo.
Bye bye.

''Kiri, kiri, kiri kanan kiri''
POSTED ON Saturday, September 22, 2012 AT 8:00 PM \\
Assalamualaikum.
Haii cemuaaa *dakfes

Last week, this week, and 3 days later saya busy dengan kawad. Wooo, rasa macam masuk Palapes pun hade. Aku dah berbelang balik macam dulu. Tapi takpe, apa guna pencerah kulit. Wkwkwkw.

*tweet tweet, Tweet tweet, SMS~* *baca mesej*

Haha, actually masa tulis benda ni, ada mesej. Saja tulis. Comel tau bunyi nie, aku bluetooth dari Nad. Muahaha. Ehh, dah lari topik ni.

Aku Pandu Puteri, ehem. So, kawad aku kadang kadang pukul 2.30, 3, dan balik selalunya balik pukul 5. Tapi takpe, aku suka. Walaupun selalu mengantok, kena marah. Haha. Kak Syikin selalu attack aku. Hari tu 15 kali kena ketuk ketampi. Yang lain semua 5, 6. Sampai aku je. 15 kali -,-

Memang muka aku, Nad, Azian, Shima, Wani confirm ada setiap kali ada kawad. Tapi, daripada 20 orang, selalu 12, 16lah, hari tu 7 orang je yang datang -,- Harap Isnin nie semua datang, lagi lagi nak belajar Formasi pulak tu.

Dan, doakan scout aku menang dalam saringan Rabu nie. Amin. Final 29 hari bulan. Fuh fuh~ But, even kalah pun, itu adat permainan. Aku tak kisah, yang penting, kitaorang dah buat terbaik :) Yeahhhh.

:)

Jamuan raya sekolah 2012.
POSTED ON Sunday, September 9, 2012 AT 11:12 PM \\
Assalamualaikum semuaa.
Hihi. Apa khabar? Sihat dok? Mogo mogo anda semuo sehat belako deh ;D

Hari ni aku ada entry baru, jamuan raya sekolah! Entry yang jamuan raya sebelum nie jamuan dalam kelas je. Ni untuk satu sekolah :)

So, hari tu aku pakai baju purple. Tema kelas aku, purple, pink, dengan merah. Mula mula nak pakai baju kelabu, tapi baju tu jarang. Nad tak kasi pakai. Then, tukar pakai baju purple :)
Jamuan tu start pukul 10.30. So, aku pengawas kena tolong tolonglah mana yang patut. Mula mula kena potong kek then potong timun. Ijat yang depan aku tu dah memekak kata aku tak pandai potonglah, apalah. Pekakkan telinga jelah. Tahu kau budak surau. Cis.

Bila semua benda dah ready, budak budak pun turun dataran. Banyak gila tau makanan. Nasi hujan panas, haha, actually tak tahu kenapa nasi tu namanya ''Nasi hujan panas'' Satay, kuih muih, air. Banyak gila sebenarnya. Mak den kata, banyak makanan tak habis. Rugi rugi. Haha.

Aku kena jaga bahagian kuih dengan Ainaa, Rodiah, Ummi, Luqman dannn Izzat. Ramai gila jaga bahagian tu, tapi kejap je pun aku jaga. Ustazah suruh makan dulu, so aku pergilah cari budak kelas aku. Makan satay sesama dengan dorang semua. Lepas makan je, ajak semua budak kelas ambik gambar sesama. Nak tengok gambar? Hehe, jap gi kay.

Btw, trending dekat Twiiter sekarang pasal ni #ReplaceArtistNamesWithNipple NIPPLE? Sumpah merepek. Sapelah memandai buat hashtag macam gini. Haha. Jangan lupa follow den @lelonatasho

Sambung..
Lepas je jamuan habis, reramai gerak pergi open house rumah Wani. Kat sana aku tak makan pun. Minum air je. Perut dah terkeluar dari landasan. Hahaha. Paham maksud aku? Lagi bagus korang tak paham. Haha.

THIS THE PICTURES!
*Aku pakai baju purple tau. Cari lorhhh














2 Murni'12



Jamuan Raya with my classmate.
POSTED ON Monday, September 3, 2012 AT 8:48 PM \\
Assalamualaikum dunia.

Hai semua. Apa khabar? Rindu saya? Tolong cakap ya. Hihi.
Okay, actually dah lama gilaaaaaa aku tak hupdate blog. Rindu pun ada. Aku nak start blogging baliklah. Yeah.

Pada 30 Ogos 2012. Aku dan budak kelas aku buat jamuan hari raya. Dan, itu sangat awesome! Kitaorang buat jamuan tu lepas balik sekolah. Buat dekat belakang sek, taman herba.

Everyone bawak sekurang kurangnya bawak satu makanan. Dan aku, bawak KEK VANILA! Buat sendiri. Lakulah jugak, walaupun tak habis. Tak kisah pun, aku ada untuk habiskan ;) kahkahkah. Banyak gila makanan weh! Sumpah banyak! Takpercaya? Okay, kejap lagi ada gambar. Lihat dan kaji. Mwehehe.

This is!
With Cikgu Anisah.

Anak dan ibu.

Shima and me.

Boys.

Banyakkan?

Kuih mwehehe.

Lelaki sampai..

Air gas, dadih, roti, air mineral dan .. cawan. ;)

Kata kata aluan dari Nur Jannah Alias.

Kami bespren poreber.

GirlzzZzZZZz.

Saya tengah. Ehem.

WE \m/

Cukuplah kot kan gambar? Hehe. Thanks for everything semua!

Love you.
xoxo